Kenapa Warisan Kecut Sangat Pada Bersatu?

Kenapa kah Warisan terlalu takut pada Bersatu. Apa sebabnya, rakyat Sabah mahu tahu juga ni, untung untung kalau alasannya logik akan bertambah ahli Warisan.

Dengan demikian, ia juga dapat mengurangkan beban Warisan yang tidak sudah melobi, memujuk Yb Bebas Sabah agar menyertai mereka.

Lupakan alasan kerana kononnya ada perjanjian politik diantara Warisan dan Bersatu. Kerana ini hanyalah alasan dongeng didalam politik.

Pada Warisan malulah sikit pada Ketua Menteri Sarawak Abang Johari, Sarawak sebelum ini menghalang UMNO bertapak di negeri itu tapi hari ini bukan hanya UMNO, Bersatu pun dibenarkan.

Apa yang nak ditakutkan kalau benar Warisan itu diterima oleh rakyat Sabah. Kamu tumpahkanlah berjuta parti politik tapi kalau parti itu tidak diminati maka ia akan ditinggalkan atau tidak akan diterima, jadi untuk apa Warisan takut?

Pada Dr Mahathir, fikirkan betul betul. Inilah masanya yang paling sesuai untuk memperkuatkan Bersatu.

Shame on you lah Warisan!

Semenanjung bukannya tempat yang sesuai untuk Bersatu mengukuhkan kedudukannya. Di sana PKR, PAS, UMNO dan DAP masih MENDOMINASI ia bersesuaian dengan ragam dan sikap masyarakatnya. Tidak seperti di Sabah, kadang kadang parti dinilai dari atas, seperti mana Bersatu ia diminati oleh segelintir orang Sabah kerana diri Mahathir dan tindakannya sebelum ini. Walaupun tidak dinafikan ada juga orang Sabah yang tidak menyukai politik Mahathir.

Ini adalah kali yang ketiga atau empat pemimpin Warisan menyatakan pendirian mereka, tidak membenarkan Parti Bersatu bertapak di Sabah. Hari ini Presiden Warisan sendiri menyatakan pendirian yang sama.

Come on Warisan, kenapa terceret sangat pada Bersatu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s