Mangsa Culik Abu Sayyaf Di Semporna Meraung Agar Dibantu

Mangsa Culik Abu Sayyaf di Semporna

(Klik link diatas untuk menonton rakaman mangsa penculikan Abu Sayyaf)

Masih ingat lagi insiden penculikan pada 11 September 2018 yang berlaku di perairan laut Semporna?

Pada kejadian itu dua orang nelayan telah berjaya diculik mereka ialah Usman Yusof dan Samsul Sangumin. Dan dipercayai telah dibawa ke satu kawasan yang terletak selatan Filipina.

Dalam rakaman video ini kelihatan salah seorang mangsa yang bernama Samsul Sangumin, berdiri di dalam lubang besar sambil diperhatikan oleh Anggota Abu Sayyaf. Dia menangis dan merayu agar mereka dibebaskan.

Kedengaran dia meraung “tolong saya bos, tolong saya bos, tolong.

Boleh saja motif rakaman ini ialah agar kerajaan Malaysia dapat mendengar sekaligus membantu mereka dengan membayar sejumlah wang tebusan kepada kumpulan Abu Sayyaf.

Kalau dulu, suka betul pihak Warisan menyalahkan kerajaan negeri, memandangkan Ketua Menteri Sabah Musa Aman pada masa itu adalah juga merangkap pengerusi keselamatan negeri Sabah.

Bagaimana dengan insiden ini, siapa pula yang akan dipersalahkan oleh Warisan?

Belum pun sampai setahun sudah banyak kejadian jenayah yang menimpa masyarakat. Kesian!

Admin ingat, sebaiknya kerajaan ini meminta maaf secara terbuka pada masyarakat Sabah, kerana sebelum ini sengaja membuat tuduhan palsu demi usaha memancing kepercayaan pengundi.

Agar dengan itu kejadian seumpama ini tidak menjadi ujian kepada mereka, apa lagi elemen yang boleh mengundang kepada kegiatan jenayah, nampaknya semakin hari semakin berleluasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s