Pencerobohan Tanah Oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI)

Kali ini admin ingin meminta pendapat dari semua pihak, tidak kiralah dari Parti Warisan atau dari kalangan penyokong GBS. Kerana isu ini juga berlaku di hampir semua daerah di negeri Sabah

Seorang penduduk kampung Pulong menghantar beberapa gambar dan text aduannya kepada seorang kawan reporter.

Ia berhubung pencerobohan tanah orang kampung atau perkampungan oleh individu yang berstatus PTI.

Menariknya walaupun orang kampung telah menegur dan mengingatkan PTI itu agar tidak mendirikan rumah di kawasan itu tapi ia tidak mendapat peduli.

Lokasi kerangka rumah haram ini terletak di Kampung Pulong, Tenom.

Kawan tu bertanya Kenapa tidak membuat laporan polis? Rupanya laporan polis telah dibuat, sebab itulah kelihatan kerangka rumah itu tidak lengkap atau telah dibuka tapi selang beberapa bulan mereka kembali untuk menyiapkannya.

Jadi admin bagi pihak reporter berkenaan ingin sangat meminta pendapat. Apakah cara terbaik bagi mengatasi persoalan yang kian menghimpit pemikiran komuniti ini?

12 thoughts on “Pencerobohan Tanah Oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI)

Add yours

  1. Beginilh sabah akan dtg semakin terhimpit olh kebanjiran pti dari indon dn philipine.jom kita bersatu hati benteras pti dlm sabah halau balik ke negara mereka..
    Warisan pn tiada guna,bknnya blh bantu kurangkan kebanjiran pti dlm sabah tpi sibuk nak bagi kewarganagaraan pula.

    Liked by 1 person

  2. Jangan jadi keyboard warrior, mulut burung muncai. Seseorang perlu menjadi wakil, tampil dihadapan. Kita orang Sabah banyak bising tapi tidak pandai ambik tindakan namanya pemalas la. Betul ckp Mahathir Kita ni besa kena suap. Jangan harap kerajaan kita. Kita pun patut jadi agresif ambik tindakan

    Like

  3. Bantah,jan tak bantah, kita sbgi suku dayak@orang asal borneo perlu mmprtahankan tanah air kita daripada bangsa luar…ia semamangnya hak dan tanggungjwb mutlak kita…pti skg jadi bangsa majority d sabah…apa lagi baru-baru ni warisan beri kewarganegaraan kpd pto d sabah…

    Like

  4. Lot tanah milik siapa? kampung? JKKK harus bertindak….. Bukan itukah tugasnya sebagai Ahli Jawatan kuasa Keselamatan Kampung sebagai mata kerajaan.

    Like

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑