Mahathir Akan “Merobek” Kabinet Baharu

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan merombak kabinet susulan berakhirnya pemilihan PKR.

Hasrat untuk “merobek” kabinet diluahkan oleh Dr Mahathir semasa ditemubual oleh akhbar New Straits Time Singapura.

Dijangka PKR akan menghantar senarai nama baru bagi menggantikan Menteri dan Timbalan Menteri yang sedia ada, begitu juga dengan Amanah? Pun begitu Mahathir sebagai Perdana Menteri ada hak untuk menolaknya.

Dijangka rombakan ini akan melibatkan menteri-menteri yang hebat dikritik oleh netizen seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian KKLW dan beberapa lagi tidak terkecuali Menteri Belia.

Anwar Ibrahim, MP Port Dickson pemimpin utama yang disenaraikan dalam kabinet baharu dan bakal menggantikan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pun begitu Mahathir semasa dalam temubual itu berpendapat ini negara demokrasi jadi pandangan masyarakat perlu diambil perhatian. Uikkk!

Apakah maksud yang tersirat, adakah Anwar hanya diberikan kedudukan dalam kabinet dan jawatan Perdana Menteri Malaysia akan diberikan pada Azmin Ali yang baru saja memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR Malaysia?

Bagi menyahut pandangan Mahathir Mohamad di atas, maka kita sebagai ahli masyarakat ingin mengambil bahagian sekaligus menyarankan menteri mana yang perlu diganti jadi tolong hint email ini criticalthinking72@gmail.com nanti kita namakan Menteri Menteri yang tidak menguntungkan masyarakat tu. 😂

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: