Semua pembaikan ke atas sekolah sekolah daif di seluruh Malaysia akan dilaksanakan oleh Kementerian atau Jabatan Kerja Raya (JKR) ia bagi memastikan projek itu berjalan lancar dan dapat mengurangkan kos.
Ini termasuklah projek pembaikan yang sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan tapi berhadapan dengan kelewatan, maka projek itu akan diserahkan kepada JKR untuk dilaksanakan.
Perkembangan ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan kakitangan awam yang juga menjadi kontraktor di Kementerian Pendidikan sebelum ini. Dipercayai juga kebanyakan daripada mereka sebelum ini adalah penyokong pembangkang yang tidak berpuas hati kerana beberapa projek yang mereka sertai tapi tidak menjadi milik mereka. Nah sekarang apa mereka rasa?
Para Pemuda UMNO Sabah jadilah check and balance kepada kerajaan hari ini, carilah kelemahan yang mungkin dilakukan oleh kerajaan, khususnya kerajaan negeri.
Kamu follow lah perkembangan ini dan ambil peduli. Siapa yang melaksanakannya, adakah JKR akan membuka tender kepada kontraktor, kalau iya, nah kamu pertikaikanlah sebagai Azmin adalah pemimpin yang retorik, masuk angin keluar asap, minta puji. Kerna yang mengesyorkan pendekatan diatas ialah Azmin Ali. Hemmm