Warisan Meracau Menyalahkan SPR Sabah 🤔

Kenapa Parti Warisan meracau pasal pengundi yang berpindah sejak sebenarnya tahun 2013.

Warisan mendakwa jumlah yang telah dipindahkan sejak tahun 2014 ialah 30 ribu orang? Betulkah tidak ohh dan mereka semua pengundi Warisan meh, bukan kah Warisan baru ditubuhkan pada Oktober 2016. Habis tu kenapa meracau sangat tu? Janganlah terlalu perasan.

Adakah yang dimaksudkan oleh parti Warisan sebagai dipindahkan kawasan mengundi itu ialah telah dipindahkan ke daerah atau negeri lain. Kalau iya, ahh ini adalah tuduhan yang tidak berasas sebaliknya dan logik jika ia dibuat atas kehendak pengundi. Ertinya Warisan tidak ada hak untuk mempersoalkannya!

Secara rasionalnya jika pun ada berlaku kesilapan teknikal yang melibatkan perpindahan tempat mengundi dari satu pusat mengundi ke pusat yang lain tapi tetap berada dalam parlimen yang sama. Maka ia hanyalah satu kesilapan semata-mata malah walaupun dalam satu segi ia dibenarkan mengikut peraturan SPR.

SPR dibenarkan untuk mengubah pembahagian kawasan atas sebab yang munasabah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958.

Warisan juga mendakwa kononnya permohonan menukar alamat mengundi bertambah secara mendadak dan mereka menyalahkan SPR. Apa Warisan ingat pengundi tidak ada hak dan tidak pandai berhijrah kah?

Dalam masa yang sama Parti Warisan mempersoal keterlibatan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai penentu status pemilih. Seolah sistem ini baru diperkenalkan oleh SPR dan kemenangan Shafie, Darell, Junz, Terence, serta Jaujan pada PRU yang lepas tidak berpandukan alamat yang tertera dalam Mykad pengundi?

Dan kononnya kawasan mengundi yang telah dikenal pasti mengalami perubahan ialah Parlimen Sepanggar sebanyak 932 diikuti Putatan 651, Kota Kinabalu 429 dan Kalabakan 426. Semporna pula bagaimana tak kan tidak ada, mentang mentanglah kononnya kubo kuat Warisan ya? Ini semua adalah angka angka poyoh yang disengajakan untuk dipolitikkan selama tidak menguntungkan Warisan.

Jangan kepimpinan Warisan lupa diri dan hipokrit. Sebelum ini siapa yang bertanggungjawab memindahkan beratus pengundi di Semporna dari DUN Bugaya ke DUN Sulabayan khususnya dan Senallang? Ironinya pada masa itu tidak ada pun kedengaran suara sumbang dari calon dan jentera pembangkang. Kerana pembangkang pada masa itu faham, pusing kemana pun kalau masyarakat menolak BN pastinya pembangkang akan menang.

Bukan macam parti Warisan yang ada pada hari ini, mereka sedar mereka hanya kuat di satu dua tempat di pantai barat tapi ada hati mempersoal perpindahan pengundi secara keseluruhannya di negeri Sabah. Itupun tanpa fakta yang jelas, setakat pengakuan dan carian dari ahli Warisan yang telah ditugaskan.

Banyak cerita pun tidak ada guna. Kalau benar ingin menuntut pilihan raya yang telus. Mari kita cabar Parti Warisan, agar mendedahkan data yang mereka ada sekaligus menyenaraikan nama yang terlibat kepada umum? Bukan hanya pandai menuntut keadilan dari sebelah pihak.

(Kenapa Parti Warisan meracau pasal pengundi yang berpindah sejak sebenarnya tahun 2013 sedangkan Warisan dilahirkan pada tahun 2016.

Dan kerana perpindahan itu jugalah pemimpin Warisan yang bertanding atas tiket asal mendapat kemenangan besar)

1 thoughts on “Warisan Meracau Menyalahkan SPR Sabah 🤔

Add yours

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Bimbingan Rohani Bersama Ihya Assunnah Solution
    Jangan berbangga dgn solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda.
    Justeru, apa yg membuatkan Allah reda?
    Nabi Musa AS, “Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yg membuatkan Engkau reda?”
    Allah SWT, “Solat? Solatmu itu utk dirimu sendiri, kerana dgn mengerjakan solat, engkau terpelihara drp perbuatan keji dan munkar.”
    “Zikir? Zikirmu itu hanya utk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang.”
    “Puasa? Puasamu itu utk dirimu sendiri, melatih dirimu utk memerangi hawa nafsumu sendiri.”
    Nabi Musa AS, “Lalu ibadahku yg manakah yg membuatkan Engkau reda ya Allah?”
    Allah SWT, *”Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yg sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dgn ganjaran 700 kali ganda.”* Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262.
    Apabila kamu sibuk dgn ibadah yg lazim dan berbangga dgnnya, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.
    Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban utk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah reda kerananya.
    Buatlah perkara yg Allah reda maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuatkan hidupmu lapang dan bahagia.
    KITAB *Mukasyafatul Qulub*,
    KARYA
    *Imam Al-Ghazali*.
    Bantulah kami umat Islam Melayu Champa di Selatan, Kemboja di Markaz Umar Al-Khattab, Sihanoukville, Cambodia melalui Ihya Assunnah Solution Maybank 553131011505 – Sumbangan Anda Lambang Kekuatan Pertalian Ukhuwah Islamiah Seaqidah Dan Lambang Ketinggian Iman Anugerah Allah SWT Yang Tidak Dapat Dinilai Oleh Makhluk Ciptaan Allah SWT. Hanya Allah SWT Sahaja Yang Mampu Membalas Setiap Sen Yang Anda Sumbangankan Di Jalan Nya.
    Mohon hantar salinan slip bank in ke talian 0199576237(Ustaz Amin) atau emaikan ke ihyaassunnah68@gmail.com untuk direkod maklumat yang anda sumbangankan. Jazakumullahu Khairul Jaza’ Fiddunya WalAkhirah Ya Mujiibas Sailiin….

    Like

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑