Kenapa Pembangkang Takut Dengan Undang Undang Penyebaran Fitnah? – Salleh Said

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas kenyataan pihak pembangkang yang mendakwa penggubalan undang-undang mengekang berita palsu adalah demi kepentingan politik kerajaan pemerintah.

“Kadang-kala ada salah faham seolah-olah apabila kita wujudkan undang-undang baharu ini, kita akan menggunakannya demi kepentingan politik semata-mata, itu tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang itu yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said akan mengambil kira pendapat seramai mungkin untuk menentukan undang-undang yang diluluskan di Parlimen kelak mendapat persetujuan semua pihak.

“Soal berita palsu ini bukan hanya merisaukan mereka daripada parti pemerintah tetapi juga mereka daripada parti pembangkang dan rakyat biasa. Kita harus sama-sama menentukan agar berita palsu ini dapat kita atasi,” jelasnya.

Beliau diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa berkemungkinan besar pihak berkuasa akan menggunakan undang-undang tersebut untuk dijadikan “senjata” bagi menganiaya seteru politik.

Salleh menjelaskan penggubalan undang-undang baharu itu bukan untuk mengongkong mereka yang ingin mengkritik atau memberi pendapat mengenai kerajaan.

“Kita alu-alukan. Kita boleh lihat sekarang di media sosial, parti pembangkang dan pemimpinnya bebas untuk memberi pandangan dan pendapat, tidak ada sekatan pun.

“Tetapi apa yang berlaku, kalau kita tidak kawal soal berita palsu ini, ia boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di Malaysia, itu yang ingin kita beri keutamaan,” katanya.

Salleh yakin jawatankuasa khas tersebut akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak, termasuk mereka yang berlainan ideologi politik.

Sumber FMT


Kenapa pula pembangkang risau dengan penggubalan undang-undang yang akan menguntungkan rakyat dan negara ini, apa yang merisaukan mereka. Takut kehilangan taktik fitnah yang selama ini menjadi kekuatan politik mereka? 😃

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.