Bekas Timbalan Pengarah JANS Dakwa Di Mahkamah

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang pernah ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan agihan projek bekalan air di Sabah pada tahun lalu, dijangka didakwa di mahkamah, esok.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek berumur 52 tahun itu ditahan di sini, pada kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi sebelum dibawa untuk proses pendakwaan.

Pada 4 Oktober 2016, SPRM melancarkan Ops Water (JANS) berhubung penyalahgunaan dana infrastruktur air di Sabah dengan sebanyak RM53 juta wang tunai dirampas daripada dua suspek iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS menerusi fasa pertama operasi.

Sementara itu, menerusi fasa kedua operasi pada Januari lalu, SPRM menahan 35 Ketua Bahagian dan Daerah JANS bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Berikutan operasi fasa kedua itu, SPRM membuka 10 kertas siasatan dan memfailkan pelucutan hak wang rasuah yang disita berjumlah kira-kira RM21.78 juta mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sumber SPRM berkata, operasi itu berjaya membongkar kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan hampir semua pegawai di jabatan berkenaan dengan jumlah rampasan wang tunai terbesar di negara ini sejak penubuhan suruhanjaya itu.

Pada 29 Disember tahun lalu, bekas Pengarah JANS, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, isterinya, Fauziah Piut, 51, dan seorang lagi bekas Timbalan Pengarah di jabatan itu, Lim Lam Beng, 62, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas 37 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM61.57 juta.

Mahkamah menetapkan kes itu dibicarakan bermula 5 Februari tahun depan.

Berikutan perkembangan terbaharu itu, empat individu sudah dan akan didakwa berhubung siasatan kes JANS iaitu bekas Pengarah dan isterinya, serta dua bekas Timbalan Pengarah selepas SPRM membongkar penyelewengan dilakukan pegawai jabatan itu pada tahun lalu.

Sumber BH


1. Moral dari perkembangan ini tidak ada satu pun pihak yang terlepas dari pendakwaan di Mahkamah selepas mereka disiasat oleh SPRM. Di Mahkamahlah nasib mereka itu ditentukan, sama ada benar telah melakukan kesalahan atau sebaliknya.

2. Selepas ini jangan lagi ada pihak yang berpolemik atau mempolitikkan kredibiliti SPRM hanya kerana SPRM telah menyiasat pemimpin mereka aka pembangkang. Seperti reaksi pemimpin besar dan kecil Warisan yang tidak berpuashati pada kerajaan. Hanya kerana SPRM telah menyiasat mereka, selepas disyaki telan menyeleweng dana rakyat melalui Kementerian KKLW. Kononnya SPRM telah mendapat arahan dari pemimpin BN dan kerana konon akhirnya pemimpin mereka didapati tidak bersalah, maka jelasnya BN telah memainkan peranan untuk menjatuhkan Warisan. Sedangkan fungsi SPRM hanyalah menyiasat dan yang menentukan tertuduh bersalah atau tidak ialah pihak Mahkamah.

3. Kita tunggu perkembangan kes ini, siapa tahu selepas ini ada lagi dari kalangan pemimpin pembangkang yang akan diheret ke Mahkamah. Jangan pula pada waktu itu, totok totok pembangkang macam cacing kepanasan ya. Ingat yang bersalah wajar dipertanggungjawabkan mengikut perlembagaan.

#BNforSabahan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: