Surat TPM Zahid Hamidi Agar PM Najib Razak Meletakkan Jawatan? 

Uinna, benarkah surat ini datang daripada TPM Zahid Hamidi. Surat ini menggesa agar PM Najib Razak meletakkan jawatan demi kebaikan negara dan kelangsungan BN. Memandangkan PM Najib Razak telah terpalit dengan banyak skandal, terutamanya skandal 1MDB yang telah merosakkan nama Malaysia.

Kita tahu sebelum perhimpunan UMNO 2016 berlangsung, TPM Zahid Hamidi ada membuat sidang terbuka berhubung status jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sepatutnya memangku Timbalan Presiden UMNO Malaysia sekaligus disahkan.

Rentetan itu banyak spekulasi yang kita dengar. Antaranya TPM Zahid telah berjaya menghidu permainan PM Najib Razak, bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada Zahid Hamidi akan ditarik balik andai UMNO mendapat kemenangan di PRU yang akan datang dan jawatan itu akan diserahkan pada Menteri Pertahanan, Datuk Hissamuddin Hussen yang juga sepupu PM Najib Razak. Kerana itu TPM Zahid Hamidi terpaksa mengambil langkah berjaga jaga.

Nah kalau surat ini benar, politik UMNO akan terus bergolak.

Atau surat ini merupakan propaganda dari jentera pro PM Najib Razak/Hissamuddin supaya TPM Zahid Hamidi mengambil tindakan yang agresif yang akan mengundang kemarahan PM Najib Razak dengan demikian TPM Zahid Hamidi akan dibuang daripada UMNO. Siapa tahu ini UMNO lah, minda penjenayah.

6 thoughts on “Surat TPM Zahid Hamidi Agar PM Najib Razak Meletakkan Jawatan? 

Add yours

  1. JELAS LAH JIKA SURAT INI BENAR BELAKA ITU GAMBARAN UMNO MEMANG BUSUK DARI TEKAK HINGGA KE USUS .. DISEBAB KAN HARTA PANGKAT PENGGIAT UMNO BERUSAHA SEKERAS KERAS NYA MENENGAK KAN BENANG BASAH ..HAKIKAT NYA MEREKA SENDIRI NAMPAK YANG VETRAN UMNO BAGAI MANA DI AKHIR HAYAT KEHIDUPAN MEREKA … MONEY IS THE KING ???

    Like

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑