Jangan Cetuskan Spekulasi Diantara Parti Tempatan Sabah 

Admin kan tidak pernah mengutarakan perbezaan yang belum terbukti benar bahwa tidak ada kerjasama dikalangan parti atau pemimpin pemimpin tempatan Sabah. Sebab admin tahu ia hanya akan menguatkan BN.

Kerana itu pada penyokong mana mana parti tempatan, khususnya USA jangan timbulkan polemik yang berniat jahat supaya BN terus memerintah di negeri Sabah walaupun mungkin bukan itu yang dimaksudkan.

Admin sedar dan tahu, sentimen apa yang sedang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dengan harapan Warisan akan tolak oleh majoriti KDM. Tapi admin yakin, mereka lebih percayakan admin daripada kamu orang atas sebab tertentu. 😉

Apa yang admin ingin sampaikan ialah jangan cipta cerita yang tidak sahih, sengaja mencetuskan ketidakhormian sedangkan belum ada perundingan rasmi yang dijalankan.

Kita kena sedar, akhirnya juga masyarakat Sabah inginkan penjelasan, dimana setiap pihak perlu tampil bagi membersihkan diri dari tohmahan. Seperti contoh USA dipercayai alat kepada BN manakala Warisan ditohmah sebagai tajaan Dr M. Hemmm.

Nah sebagai pemerhati, ingin admin nyatakan, bahwa parti Warisan bukannya parti yang ditaja oleh Dr M tapi parti yang diterajui total oleh Datuk Shafie Apdal (Presiden). Buktinya Presiden Warisan sendiri ada membuat kenyataan rasmi, bahwa Warisan tidak akan mencampuri politik pembangkang di Semenanjung. Begitu juga dengan parti PPBM (Bersatu) mereka tidak akan memasuki Sabah, jadi apa relevannya Warisan dan Dr M?

Itu juga bermaksud sebarang kenyataan dari penyokong, terutamanya parti Warisan yang kurang enak keatas parti atau penyokong USA ia adalah pendapat peribadi semata-mata bukannya pentadbiran Warisan. Biasalah, mana ada parti yang mampu mengawal pengikut mereka, apa lagi kenyataan itu keluar dari individu yang tidak berjawatan di dalam parti. Begitu dengan pihak sebelah sana.

Jadi marilah masyarakat Sabah fokus pada perjuangan supaya UMNO dapat dikuburkan di PRU yang akan. Kamu dengar saja perkembangan terbaru, Presiden PBS, Datuk Joseph Pairing telah mengisytiharkan dirinya tidak akan bertanding di PRU yang akan. Ini merupakan gambaran awal yang BN Sabah sudah tidak ada harapan untuk bertahan.

Jangan lupa musuh utama kamu orang ialah UMNO/BN. Kerna itu tidak salah bagi kamu orang untuk hadir di perhimpunan Bersih 5, barang diingat antara agenda Bersih ialah memperkasakan Sabah dan Sarawak?

#politikbolos #UMNOexit #sabahubah 

One thought on “Jangan Cetuskan Spekulasi Diantara Parti Tempatan Sabah 

  1. Saya seorang bangsa Dusun dari Kota Belud, tidak terikut-ikut dengang kumpulan kecil penyokong kdm yang berpolitik kenegerian, saya melihat kepimpinan PWS dan PHRS berpendangan luas dan jauh sesuai untuk menjadi Contoh yang terbaik.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s